View: 287|Reply: 0
|
Les Bleus bersedia cipta rekod
[Copy link]
|
|
LLORIS beraksi ketika menentang England. -FOTO AFP
Doha: Hugo Lloris menegaskan Perancis memerlukan 'segala kekuatan, semua tenaga' apabila turun menentang Maghribi pada separuh akhir Piala Dunia.
Les Bleus menjadi penyandang juara pertama mara ke separuh akhir sejak Brazil melakukannya pada 1998 apabila mengetepikan England pada perlawanan suku akhir Sabtu lalu selepas tandukan Olivier Giroud berjaya mengikat kedudukan.
Ia adalah hari istimewa buat Lloris yang menjadi pemegang rekod Perancis selepas mengatasi Lilian Thuram (142) dengan penampilan antarabangsanya ke-143.
Mengingati peristiwa itu, kapten itu dihadiahkan baju oleh Didier Deschamps ketika perhatian beralih kepada kejutan yang menyaksikan Maghribi menjadi negara Afrika pertama mara ke separuh akhir selepas mengejutkan Portugal.
"Saya masih berbangga, berbesar hati memakai baju Les Bleus walaupun selepas 143 penampilan," kata Lloris yang disiarkan di akaun Twitter rasmi Perancis.
"Saya benar-benar ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan, kakitangan, seluruh pengurusan kerana menjadikan perlawanan itu begitu sempurna dan kemenangan menewaskan England di suku akhir akan kekal sebagai kenangan istimewa.
"Sekarang kami akan membuat persiapan untuk menentang Maghribi. Kami akan menggunakan segala kekuatan kami, semua pemain dapat merasai bahawa ada sesuatu yang sangat istimewa yang boleh kami capai.
"Saya fikir kita semua sedar tentang perkara ini tetapi kita akan kekal tenang dan bersedia. Tapi ia datang melalui perut."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ersedia-cipta-rekod |
|
|
|
|
|
|
| |
|