CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

Kesan bakat berdarah Maghribi buahkan hasil

[Copy link]
Post time 12-12-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode

POLISI Maghribi berjaya beri kejutan di Piala Dunia. FOTO AP

Doha: Pencapaian tidak disangka Maghribi ke separuh akhir Piala Dunia boleh dikaitkan sebahagiannya dengan dasar mencari bakat pemain yang berdarah Maghribi tetapi lahir di negara lain.

Seramai 14 daripada 26 pemain skuad Piala Dunia Maghribi lahir di luar negara, iaitu paling banyak berbanding negara lain yang beraksi di Qatar, menyediakan gabungan mantap daripada komuniti pendatang yang semakin berkembang di seluruh Eropah.

Kemenangan mengejut 1-0 ke atas Portugal di suku akhir menjadikan Maghribi negara Afrika dan Arab pertama layak ke separuh akhir Piala Dunia.

Penjaga gol kelahiran Kanada, Younes Bounou hanya melepaskan satu gol, Achraf Hakimi yang lahir di Madrid beraksi cemerlang di bahagian sayap kanan.

Sofyan Amrabat yang lahir di Belanda sangat ampuh di bahagian tengah dan pemain kelahiran Perancis, Sofiane Boufal beraksi cemerlang di sebelah kiri.

Mencari pemain yang lahir di negara-negara seperti Belgium, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol menjadi amalan negara berkenaan selepas mempraktikkannya buat kali pertama Piala Dunia 1998 di Perancis.

Maghribi adalah salah satu populasi migran terbesar di Eropah, dianggarkan kira-kira lima juta, dan mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara di sana.

Kajian oleh Majlis Komuniti Luar Negara Maghribi, iaitu sebuah agensi kerajaan, menyimpulkan bahawa 61% penduduk Maghribi di Eropah yang berumur antara 18 dan 35 tahun pulang ke negara kelahiran ibu bapa mereka setiap tahun.

Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi mempunyai pencari bakat yang bertebaran di seluruh Eropah dan bergerak pantas apabila terdapat pemain berpotensi.

Hakim Ziyech yang berasal dari Belanda berbincang dengan kedua-dua jurulatih Maghribi dan Belanda, Ronald Koeman mengenai negara mana dia akan memberi komitmen untuk masa depan karier antarabangsanya sebelum membuat keputusan memilih Maghribi.

Amrabat, yang seperti Ziyech mewakili Belanda di peringkat remaja, beralih arah atas sebab keluarga.

"Ibu bapa saya orang Maghribi dan datuk nenek saya orang Maghribi. Setiap kali saya pergi ke sana, saya tidak dapat menggambarkan perasaan dalam diri saya dengan kata-kata, ia adalah rumah saya. Belanda juga rumah saya, tetapi Maghribi istimewa," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hribi-buahkan-hasil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.496938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list