CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 1

Reformasi Brazil selepas kegagalan Qatar 2022

[Copy link]
Post time 12-12-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode

Neymar menangis selepas Brazil tersingkir di suku akhir Piala Dunia selepas tewas kepada Croatia.

BRASILIA: Brazil gagal memenuhi ramalan sebagai pilihan utama Piala Dunia 2022 selepas tersingkir di tangan Croatia pada suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti.

Kali terakhir Selecao berjaya melangkah jauh menjulang trofi itu pada 2002, apabila mereka mengalahkan Jerman pada aksi final untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia kali kelima.

Susulan kekecewaan terbaharu mereka, beberapa perubahan besar dijangka dari segi staf kejurulatihan dan skuad.



Pengendali Brazil, Tite. - Foto AFP

Seperti diumumkan dalam satu temu ramah Februari lalu, Tite tidak akan kekal bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, pada November lalu, Naib Presiden Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) Francisco Novelletto menegaskan beliau akan cuba memujuk Tite supaya kekal sekiranya Brazil menjuarai Piala Dunia.

Hasrat Tite adalah untuk berehat selama setahun. Dalam tempoh enam tahun mengendalikan Selecao, beliau mencatat 60 kemenangan, 15 seri dan hanya satu kekalahan dalam 81 perlawanan, dengan Brazil menjaringkan 174 gol serta dibolosi 30 kali.

Jurulatih Brazil itu dikecam hebat selepas Brazil gagal memenangi kejohanan itu, dengan anak lelakinya Matheus dan penolongnya Cleber Xavier turut dijangka meninggalkan pasukan.

Abel Fereira (Palmeiras), Fernando Diniz (Fluminense), Mano Menezes (Internacional) dan Dorival Junior (ejen bebas) sudah dinamakan sebagai pengganti berpotensi.

Presiden baharu CBF, Ednaldo Rodrigues kini dijangka membuat keputusan penting. Beliau memikirkan untuk membawa masuk Andres Sanchez, yang akan menggantikan Juninho Paulista sebagai koordinator pasukan. Rodrigues juga akan memutuskan pengganti Tite.

"Kami akan membincangkannya selepas Piala Dunia, tetapi kami tidak mempunyai prejudis kewarganegaraan," katanya pada satu majlis.

Dua keperluan bagi jurulatih seterusnya adalah cekap dan bersemangat untuk mengendalikan projek jangka panjang.

Pemain muda seperti Eder Militao, Lucas Paqueta, Vinicius Junior, Rodrygo dan Richarlison dijangka kekal manakala Casemiro baru berusia 30 tahun.

Bagaimanapun, masa depan legenda Brazil seperti Thiago Silva dan Dani Alves tidak diketahui.

Thiago mengakui dia tidak mungkin beraksi pada Piala Dunia 2026, namun tidak menolak kemungkinan tampil pada Copa America selepas ini.

Sementara itu, Dani Alves tidak menjelaskan rancangannya sama ada bersara dalam tempoh terdekat.

"Masa depan saya sekarang? Untuk menderita," katanya selepas Brazil tersingkir.

Brazil bimbang kerana Neymar juga dilaporkan berhasrat untuk mengundur diri daripada pasukan kebangsaan.

"Jika saya katakan ia sudah berakhir, saya mungkin terburu-buru, tetapi saya juga tidak menjamin apa-apa," kata bintang Paris Saint-Germain itu.

Kesimpulannya, Brazil mungkin tampil dengan skuad berbeza pada Piala Dunia 2026 di Amerika Utara.

https://www.bharian.com.my/sukan ... egagalan-qatar-2022
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2022 04:19 PM | Show all posts
Biasalah ada masa di atas ada masa di bawah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.644387 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list