CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 322|Reply: 0

Ronaldo pilih Perancis julang Piala Dunia

[Copy link]
Post time 13-12-2022 11:05 AM | Show all posts |Read mode

RONALDO (dua kanan) ketika menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Korea Selatan do Stadium 974. FOTO EPA

Doha: Bekas bintang Brazil, Ronaldo berkata dia menyokong Perancis sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia sekali gus mempertahankan kejuaraan mereka.

"Saya melihat bola sepak sebagai sesuatu yang romantik. Saya akan menghargai mana-mana pasukan juara.

"Sejak awal, ramalan saya sentiasa Brazil dan Perancis di final. Brazil sudah tiada.

"Tetapi Perancis pada setiap perlawanan mengukuhkan status mereka sebagai pilihan untuk muncul juara dan saya juga masih melihat mereka sebagai pilihan utama," kata pemenang Piala Dunia dua kali itu kepada media.


Ronaldo yang menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan final Piala Dunia 2002 menentang Jerman, menjangkakan Perancis akan mengalahkan Maghribi pada aksi separuh akhir awal pagi Khamis ini.

"Saya benar-benar mahu Maghribi menang tetapi saya tidak fikir mereka akan menang.

"Saya rasa Perancis mempunyai pasukan yang sangat mantap, sama ada di bahagian pertahanan, serangan atau bahagian tengah," kata bekas pemenang Ballon d'Or dua kali itu.

Ronaldo juga kagum dengan Kylian Mbappe, penjaring terbanyak kejohanan di Qatar setakat ini dengan lima gol.

"Dia tahu bagaimana menggunakan kemahirannya, bagaimana untuk pergi lebih pantas daripada yang lain.

"Dia masih mempunyai masa yang panjang, kemahiran tinggi, sentiasa dahagakan kejayaan dan mempunyai bakat untuk memenuhi semua impiannya," kata Ronaldo yang menjangkakan Mbappe akan memecahkan banyak lagi rekod.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -julang-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 1.135357 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list