CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kelantan] Ulang alik pulang ke rumah demi kucing

[Copy link]
Post time 13-12-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode

PA’ ADEK Abdullah (kiri) menaiki bot pulang ke rumah untuk menjenguk kucing dan memberinya makan di
Kampung Serongga, Repek, Pasir Mas, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL



PASIR MAS: Seorang lelaki sanggup berulang alik menggunakan bot enjin galah semata-mata mahu memastikan empat ekor kucing peliharaannya tidak kelaparan selepas rumahnya di Kampung Serongga, di sini ditenggelami banjir.

Pa’Adek Abdullah, 55, berkata, sejak kampungnya ditenggelami banjir dia akan pulang dua kali sehari untuk memberi makan selain memastikan kucing tersebut berada dalam keadaan selamat.

“Nak bawa kucing ke pusat pemindahan banjir (PPS) agak sukar, jadi saya mengambil keputusan meninggalkan haiwan itu di rumah.

“Kucing saya selamat ke­rana rumah tidak dinaiki air, cuma perkarangan sahaja ditenggelami air sedalam tiga meter,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Pa’Adek bagaimanapun berkata, dia tetap risau ke­selamatan haiwan berkenaan kerana hujan lebat tanpa henti akan menyebabkan rumahnya dimasuki air.

https://www.utusan.com.my/berita ... -rumah-demi-kucing/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.036720 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list