View: 440|Reply: 0
|
[Terengganu]
Istimewa perahu timbal!
[Copy link]
|
|
TENGKU Ibrahim menunjukkan sebuah perahu timbal yang sudah siap dibuat.
Dungun: Perahu timbal bukan sahaja digunakan penduduk di Hulu Dungun untuk menangkap ikan, malah akan menjadi pengangkutan untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat setiap kali banjir melanda.
Perahu tradisional itu memiliki keistimewaannya tersendiri serta tahan lasak berbanding bot gentian kaca dan sangat popular kepada penduduk meredah sungai ketika musim banjir.
Pembuat perahu timbal, Tengku Ibrahim Tengku Jaafar, 65, berkata, perahu tradisional itu sangat tahan lasak dan menjadi kegemaran penduduk meredah sungai berbanding bot gentian kaca.
Menurutnya, perahu terbabit boleh didapati di mana sungai menjadi laluan utama penduduk iaitu di Hulu Dungun dan Kuala Tembeling di Pahang.
"Perahu timbal sehingga kini masih mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan ia memerlukan kemahiran khusus untuk membuatnya.
"Untuk membuat perahu ini perlu menggunakan tiga jenis kayu bermutu tinggi iaitu meranti, seraya dan merbau kerana kayu berkenaan mudah dibentuk dan tahan lama jika berada di air," katanya yang sudah hampir 50 tahun menjadi tukang kayu.
Katanya, perahu itu juga sering digunakan di kawasan yang cetek serta berarus deras dan digemari penduduk menggunakannya terutamanya membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS).
"Kekuatan bot ini yang lasak melawan arus menyebabkan ia digemari penduduk berbanding bot moden ketika ini.
"Bot ini boleh dinaiki sehingga enam penumpang dan sangat lasak. Kalau langgar tunggul kayu atau sebagainya ia tidak mudah pecah berbanding bot gentian kaca," katanya yang tinggal di Kampung Pasir Raja di sini.
Tengku Ibrahim berkata, sebanyak 10 buah perahu timbal berjaya disiapkan tahun ini dan setiap satu dijual antara RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada jenis kayu dan panjang perahu yang hendak dibina.
"Saya bersyukur masih diberikan kudrat untuk meneruskan legasi seni pembuatan perahu dan setakat ini saya melatih lapan orang generasi muda yang berminat dalam seni pembuatan perahu berkenaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... imewa-perahu-timbal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|