CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Johor] Wanita rayu saksi kemalangan tampil

[Copy link]
Post time 13-12-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode

G Prabu maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 6 Oktober lalu. FOTO Ihsan Keluarga

Johor Bahru: Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan maut menimpa suaminya pada kejadian di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi dekat sini, 6 Oktober lalu.

"Saya masih buntu dengan kejadian menimpa suami yang maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga, 6 Oktober lalu," kata A Sharen.

Sharen, 28, berkata, dia hanya mengetahui kejadian menimpa suami, G Prabu, 32, apabila dihubungi oleh abang iparnya, jam 10 malam.


Menurutnya, dia terkilan apabila suaminya difahamkan maut di lokasi kejadian di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, namun punca kemalangan masih kabur.

Katanya, dalam kejadian itu, suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan menunggang motosikal.

"Kematian mendiang suami adalah kehilangan besar bagi keluarga, tambahan pula kami memiliki dua orang anak perempuan yang masih kecil iaitu masing-masing berusia empat dan lima tahun.

"Pada awal siasatan, polis syak ia langgar lari serta kemungkinan membabitkan lori mahupun kereta," katanya yang tinggal di Larkin di sini.

Menurutnya, keluarganya mahu mendapatkan keadilan bagi mendiang suaminya sekiranya kejadian itu membabitkan langgar lari.

Katanya, dia yakin ada pengguna jalan raya menyaksikan kejadian menimpa suaminya dan kerjasama mereka amat diperlukan bagi merungkai beberapa persoalan.

"Saya hanya mahu mendapatkan gambaran sebenar apa dan mengetahui punca kemalangan serta harap ada saksi yang tampil," katanya dihubungi.

Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Sharen di talian 014-7332454.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

"Siasatan mendapati, kemalangan itu berlaku akibat mangsa terbabas sendiri," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-kemalangan-tampil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052193 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list