CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 0

Individu Berang Lelaki Malaysia Masuk Auckland Guna Visa Melancong Untuk Cari Kerja

[Copy link]
Post time 14-12-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan.


Bekerja di luar negara walaupun hanya sekadar pemetik buah asalkan meraih pendapatan tinggi bukalah senario asing dalam kalangan warga Malaysia.



Malahan, ada antara mereka bertahan selama bertahun-tahun kerana hasil pendapatan bukan sahaja mampu menampung perbelanjaan harian tetapi juga menaikkan taraf kehidupan menjadi lebih baik.



Bagaimanapun, bekerja di luar negara memerlukan terutamanya visa bekerja yang kosnya agak mahal. Situasi ini menyebabkan ada segelintir yang sanggup menggunakan visa pelawat untuk memasuki sesebuah negara namun hakikatnya mereka datang untuk bekerja.



Gambar hiasan




Menerusi ciapan individu di Twitter, dia menyelar tindakan seorang lelaki yang menumpang di rumah rakannya di Auckland, New Zealand buat sementara waktu bagi mendapatkan pekerjaan.



Malahan, menerusi mesej yang tersebar di media sosial juga menyatakan dia berharap untuk mendapat pekerjaan yang membuat bayaran gaji secara tunai.



Kata individu itu, tindakan lelaki tersebut akan menyukarkan rakyat Malaysia yang ingin memasuki New Zealand sekiranya perbuatannya itu diketahui pihak berkuasa negara terbabit.



Penguatkuasaan undang-undang tapisan ketat berlaku di Australia dan Korea Selatan adalah disebabkan wujudnya segelintir pihak yang memasuki negara tersebut tanpa permit.



Sumber Twitter


"Kita marah PATI. Ini negara depa, tanyalah siapa kerja atau study overseas. Banyak benda mereka minta... English language, police certificate, proof of currency. Ini negara depa, kita ikut undang-undang mereka.



"Sudahlah nak masuk Korea Selatan dan Australia susah. Lepas ini nak masuk New Zealand pun susah. Terima kasih Malaysia. lepas ni sudah gila nak masuk negara-negara lain sebab semua duduk overstay dan petik buah secara haram," ciapnya.



Bebenang tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan yang dilontarkannya.



Ada juga beberapa individu yang berkongsi kesukaran mereka untuk memohon visa melancong ke dua negara dinyatan kerana sering menjadi lokasi 'PATI' dalam kalangan rakyat Malaysia. -CARI





























Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.196890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list