CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

Kalamullah sedia rebut kesebelasan utama Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 14-12-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode

KALAMULLAH mahu terus membuktikan keupayaan sebenar dalam usaha kukuhkan tempat dalam skuad negara.


Kalamullah sedia rebut kesebelasan utama Harimau Malaya




PENJAGA gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz berharap dapat terus diberi kepercayaan menyarung ‘jersi No. 1’ negara menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Maldives malam ini.

Sebagai rekod, Kalamullah menjadi salah seorang daripada tujuh pemain yang meraih kaps pertama di pentas antarabangsa selepas menewaskan Kemboja 4-0 pada perlawanan pemanas badan di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas.

Namun, bekas penjaga gol Petaling Jaya City (PJ City) itu enggan mendabik dada sebaliknya percaya masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki jika mahu menjadi penjaga gol utama kebangsaan.

“Saya rasa gembira kerana dapat berikan kemenangan buat pasukan pada debut pertama tetapi saya perlu perbaiki lagi kelemahan yang ada seperti hantaran yang kurang tepat.

“Namun, semua pemain sudah memberikan kerjasama dengan baik dan andai diberi peluang lagi, sudah pasti saya mahu terus membuktikan keupayaan sebenar dalam usaha kukuhkan tempat dalam skuad negara.

“Cuma, saya akui semua empat penjaga gol yang dipanggil kali ini ada kelebihan masing-masing. Saya perlu tunjukkan apa kelebihan saya dalam latihan dan keputusan terpulang kepada jurulatih,” katanya.

Kalamullah yang sah berhijrah ke Kedah Darul Aman (KDA FC) musim depan akan bersaing dengan Ahmad Syihan Hazmi, Rahadiazli Rahalim dan Azri Ghani pada kempen Piala AFF kali ini.


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ama-harimau-malaya/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.608609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list