Sumber Google
Selepas beberapa tahun banglo mewah yang terletak di Bukit Gasing ini terbiar sepi tanpa penghuni, akhirnya rumah berkenaan terjual pada harga RM4.4 juta.
Perkara itu dikongsikan oleh pakar hartanah lelong, Muhammad Ishaq itu mendapat perhatian ramai terutamanya mereka yang tahu mengenai kediaman 'seram' itu.
Menerusi laporan The Vocket, ramai berpendapat bahawa pemilik baharu mendapat rumah tersebut pada harga 'durian runtuh' kerana dipercayai nilai pasaran semasa boleh mencecah puluhan juta ringgit apatah lagi rumah berkenaan berada di atas salah satu hartanah mewah di Malaysia.
Sumber Google
Disebabkan rumah berkenaan lama terbiar, ia sering dikaitkan dengan kewujudan entiti di rumah berkenaan apatah lagi pemilik asal kediaman mewah itu dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.
Menerusi hantara Facebook pada Oktober 2021, Muhammad Ishaq ada menceritakan secara ringkas mengenai banglo tersebut yang dipercayai milik Richard Goh atau nama panggilannya Shihan Goh yang kini sudah berusia 61 tahun telah menggadaikan rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.
Berita banglo ini terjual sudah pasti membuatkan ramai orang ternanti-nanti untuk mengetahui siapakah individu yang akhirnya membeli banglo usang yang sering dikaitkan dengan cerita mistik.
Pada masa sama, ada yang mahu melihat banglo itu dibangunkan semula dan mempunyai penghuni selepas bertahun-tahun dibiarkan. -CARI
|