View: 555|Reply: 0
|
Penyanyi anime Suzuki Konomi bakal adakan persembahan di Malaysia pada Sabtu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Artis yang popular dengan lagu-lagu anime Suzuki Konomi bakal membuat persembahan di Malaysia Sabtu ini, bertujuan mempromosikan budaya Jepun dan sebagai sebahagian sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP).
Menurut Yayasan Jepun (JF) konsert bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 7 malam dan bakal menyaksikan penyanyi yang memenangi All-Japan Anime Song Grand Prix itu mempersembahkan lagu anime yang unik dan turut mengetengahkan budaya Jepun.
"Suzuki Konomi yang mula menceburi bidang seni pada 2012 ketika berusia 15 tahun dan penyanyi berbakat ini telah berjaya memukau peminat bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh dunia. Penyanyi ini juga turut kolaborasi dengan penghasil karya anime dan mengeluarkan banyak lagu anime.
"Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 debutnya dan persembahan di Malaysia menjadi acara kemuncak ulang tahun ke-40 LEP," menurut kenyataan JF selaku penganjur konsert itu.
Dianjurkan dengan kerjasama Comic Fiesta, konsert itu satu daripada acara animasi, komik dan permainan terbesar di Asia Tenggara dan Kedutaan Jepun di Malaysia yang diadakan buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.
Konsert ini percuma untuk hadirin Comic Fiesta 2022. Tiket tambahan diperlukan untuk menyertai konsert dan boleh didapati pada acara itu.
Tiket dihadkan satu tiket bagi setiap orang (siapa dahulu dia dapat) dan tertakluk pada had kapasiti dewan konsert. Untuk butiran lanjut boleh didapati di comicfiesta.org.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|