CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Palsu tandatangan, cuba jual tanah orang

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:17 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Tampin: Lelaki yang disyaki ejen hartanah dikesan memperdayakan mangsa kononnya terdapat beberapa lot tanah di Tanjung Kling, Rembau, untuk dijual.

Suspek dikesan memalsukan tanda tangan dalam surat perjanjian jual beli dan beberapa dokumen pindah milik lain sedangkan pemilik tanah sebenar tidak tahu menahu mengenai proses berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa ditipu suspek dan mengalami kerugian hampir RM1 juta.


"Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di Bandar Seremban, di sini, jam 1 tengah hari semalam.

"Suspek yang berusia 42 tahun disyaki terbabit dalam kegiatan tipu pindah milik tanah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam penipuan dengan menjadikan beberapa lot tanah sebagai medium untuk menipu mangsa.

"Tangkapan berdasarkan laporan polis yang dibuat seorang lelaki yang menyedari ditipu ketika proses jual beli tanah seluas kira-kira 10 hektar di Tanjung Kling.

"Peguam yang dilantik mangsa memaklumkan pemilik tanah sebenar tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan jual beli tanah miliknya.

"Akibat kejadian ini, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM927,340," katanya.

Beliau berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ba-jual-tanah-orang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053672 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list