CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Johor] Terjun ke laut apabila bot karam

[Copy link]
Post time 17-12-2022 12:51 PM | Show all posts |Read mode

Bot nelayan karam diselamatkan oleh sebuah bot nelayan lain dekat Tanjung Lompat, Johor - Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

KOTA TINGGI: Lima nelayan terselamat apabila bot dinaiki mereka karam di kedudukan 5.3 batu nautika timur Tanjung Lompat di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lima kru termasuk tekong itu terjun ke laut dan berjaya diberi bantuan awal oleh kapal tangki serta bot nelayan tempatan yang berada sekitar kawasan itu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada kapal MT Atlantica Breeze yang menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru.

Menurut beliau, kapal itu memaklumkan terdapat sebuah bot nelayan yang hanyut sehingga melanggar kapal mereka.

"Bot PERKASA 29 dan PERKASA 30 diatur gerak ke lokasi dan hasil pemeriksaan mendapati kejadian berpunca daripada kerosakan enjin bot nelayan berkenaan.

"Keadaan cuaca yang buruk pada ketika itu menyebabkan bot hanyut dan melanggar kapal MT Atlantica Breeze yang sedang bersauh di kawasan terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, bot mengalami kebocoran dan mulai karam," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, lima kru berkenaan adalah warga Indonesia berusia 30 hingga 43 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri serta permit yang sah.

Katanya, dua daripada mangsa dibawa ke jeti Zon Maritim Tanjung Sedili dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili untuk rawatan kerana mengalami kecederaan ringan.

https://www.bharian.com.my/berit ... t-apabila-bot-karam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.054240 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list