CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Pahang] Mangsa banjir di Pahang meningkat

[Copy link]
Post time 19-12-2022 05:28 PM | Show all posts |Read mode

Laluan utama Kuantan ke Sungai Lembing ditutup, hari ini. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

KUANTAN: Seramai 709 mangsa banjir daripada 179 keluarga berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dan Raub setakat jam 4 petang, hari ini.

Jumlah itu merekodkan peningkatan 115 mangsa banjir, berbanding 594 mangsa daripada 132 keluarga yang direkodkan pada jam 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang hari ini memaklumkan, pembukaan dua PPS iaitu di PPS Balai Raya Kampung Ria dan PPS Balai Raya Chenua di Raub.

Ini menjadikan tiga PPS dibuka di Raub membabitkan 62 mangsa daripada 20 keluarga.


Enam PPS yang dibuka di daerah ini pula ialah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Karang, SK Beserah, SK Sungai Ular dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung.

Selain itu, PPS SK Pelindung dan PPS SK Cherating yang keseluruhan membabitkan 647 mangsa daripada 159 keluarga.

Sementara itu, menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin masih merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya, setakat jam 4 petang.

Sungai Keratong merekodkan bacaan 11.72 meter (m) kerana paras bahaya yang ditetapkan ialah 11m, manakala Sungai Luit Luit di Kampung Subuh, Maran dan Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut pula melepasi paras amaran.

Sebanyak 12 sungai merekodkan bacaan melepasi paras waspada, iaitu Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah; Sungai Jelai di Bukit Betong dan Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis.

Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap di Jerantut serta Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh.

Bera pula membabitkan Sungai Triang di Triang dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera serta tiga sungai di daerah ini ialah Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Sungai Lepar di Jambatan Gelugor dan Sungai Belat di Seri Damai.


Jalan utama Kuantan-Sungai Lembing dekat Bukit Kuin, dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. - Foto NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

https://www.bharian.com.my/berit ... di-pahang-meningkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042056 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list