View: 348|Reply: 0
|
[Terengganu]
Banjir gelombang kedua dijangka lebih buruk di Besut
[Copy link]
|
|
Keadaan di kawasan sekitar Bandar Jertih berhampiran Masjid Hadhari pagi tadi. - Foto NSTP/Nurul Fatihah Sulaini
BESUT: Gelombang kedua banjir berkemungkinan besar berlaku di daerah ini esok sekiranya hujan lebat berterusan dengan mangsa banjir diminta lebih berwaspada apabila pulang ke rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana daerah Besut, Azran Amin Mazlan, berkata setakat ini terdapat 96 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan seramai 9,378 mangsa banjir setakat jam 12 tengah hari tadi.
"Keadaan cuaca pagi ini sedikit baik, tetapi air pasang besar masih lagi berlaku dan beberapa kawasan rendah masih ditenggelami air termenung.
"Disebabkan itu ada juga mangsa banjir yang pulang untuk melihat keadaan dan membersihkan rumah mereka kerana air semakin surut.
"Namun, kita minta supaya orang ramai lebih berhati-hati dan bersiap sedia kemungkinan besar gelombang kedua akan berlaku esok kerana dijangka hujan lebat akan berterusan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azran berkata, kejadian banjir kali ini adalah di luar jangka dengan pertambahan berkali ganda mangsa banjir, berbanding tahun sebelumnya.
"Jumlah mangsa banjir sangat ramai kerana kebanyakan mereka tersangkut akibat jalan terputus serta tidak dapat keluar daripada kawasan banjir.
"Banyak tempat tidak dapat diakses dan tidak boleh masuk kerana arus air sangat laju serta membahayakan keselamatan pihak yang mahu menghantar bantuan," katanya.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang berusaha untuk menghantar bantuan makanan kepada semua kawasan terjejas banjir.
"Jumlah mangsa banjir yang ramai memerlukan pertambahan jumlah stok bekalan makanan," katanya sebahagian jalan utama ke daerah ini juga masih lagi ditutup untuk kenderaan ringan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ebih-buruk-di-besut |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|