CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

De Bruyne gembira Guardiola sambung kontrak

[Copy link]
Post time 21-12-2022 10:22 AM | Show all posts |Read mode
De Bruyne gembira Guardiola sambung kontrak


DE BRUYNE meraikan kanak-kanak di hospital sempena perayaan Krismas. -FOTO Dailymail


London: Kevin De Bruyne berjanji untuk melakar lebih banyak kegemilangan di Manchester City selepas Pep Guardiola memperbaharui kontraknya.

Guardiola menandatangani kontrak lanjutan dua tahun lalu ketika Piala Dunia sedang berlangsung dan kini memburu gelaran Liga Perdana Inggeris kelima musim ini dengan City kini ketinggalan lima mata daripada pendahulu Arsenal sebelum saingan liga bersambung semula.

De Bruyne salah seorang dari lima kapten City yang dipilih, percaya komitmen pengurus itu kini boleh memberi inspirasi kepada juara bertahan itu untuk terus menjulang piala.

"Ia adalah berita baik untuk didengar semasa kami tiada," kata pemain berusia 31 tahun itu.

"Pep sudah melakukan begitu banyak untuk kelab dan saya pasti dia akan terus melakukannya.

Dengan memakai pakaian Santa berwarna biru, De Bruyne mengejutkan kanak-kanak di acara City in the Community apabila kelab itu menderma £190,000 (RM1.1 juta) sempena perayaan Krismas sebagai sebahagian daripada kempen 'A Time for Giving' mereka.

Beberapa pemain bintang termasuk Erling Haaland dan Riyad Mahrez turut meluangkan masa bersama pesakit di hospital tempatan, lawatan pemain yang pertama sempena perayaan sejak pandemik covid-19 dengan 1,600 hadiah diserahkan kepada anak-anak di Hospital Kanak-kanak Diraja Manchester.

Pemain yang hadir pada acara itu akan diturunkan dalam skuad City melawan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga awal pagi esok biarpun De Bruyne mengakui dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri selepas Piala Dunia.

"Kami perlu menyesuaikan diri dengan keadaan," tambahnya.

"Apabila saya kembali berlatih minggu lalu terdapat beberapa pemain senior, jadi ia adalah satu situasi yang pelik. Kami jelas akan cuba memenangi perlawanan menentang pasukan yang sukar.

"Ia satu yang berbeza tapi kami hanya perlu bersedia.

"Ia satu cabaran yang berbeza dari segi fizikal dan mental tetapi saya pasti kami sudah bersedia untuk separuh kedua musim ini.

"Kami akan melakukan segalanya yang kami mampu untuk mencuba mendapatkan kembali rentak dan memastikan kami mempamerkan persembahan yang baik."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ola-sambung-kontrak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 117733 Replies : 5083
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 21354 Replies : 41
TBS dah clear, tak ada warga asing tidur macam rumah sendiri
RalineTBS dah clear, tak ada warga asing tidur
Views : 36870 Replies : 21
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 199325 Replies : 7359
Suspek tahan kereta, paksa pemandu bawa keluar dari mall- Cleaner lelaki ditembak di kaki
RalineSuspek tahan kereta, paksa pemandu bawa
Views : 19255 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 143925 Replies : 1529
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 37481 Replies : 34
Layan macam princess- Cik Epal hadiahkan selipar Hermes pada Ammar
RalineLayan macam princess- Cik Epal hadiahkan
Views : 30910 Replies : 67
Beli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk macam penghantar makanan
RalineBeli baju mahal-mahal tapi Leona dikutuk
Views : 36944 Replies : 17
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 36693 Replies : 23

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.215182 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list