|
Sungai Golok
Kota Bharu: Tiga sungai utama di Kelantan yang masih melepasi paras bahaya, satu paras amaran dan empat paras berjaga-jaga sehingga 9 pagi ini.
Laman web, https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, sungai yang masih melepasi paras bahaya ialah Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.48 meter (m), diikuti Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.68 m) dan Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (36.51 m).
Sungai Kelantan di Kuala Krai melepasi paras amaran iaitu 23.51 m, manakala sungai yang melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Kelantan di Jeti Kastam (3.83 m), Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.79 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (22.2 m) dan Sungai Pergau di Kuala Balah, Jeli (51.19 m).
Sementara itu, portal eBanjir Kelantan merekodkan 29 jalan yang dinaiki air, masih ditutup di negeri ini.
Terdapat 16 jalan yang ditutup di Pasir Mas, diikuti masing-masing tiga di Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah, serta dua di Machang dan dua di Tumpat
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lepasi-paras-bahaya |
|