CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk terpaksa masak air banjir

[Copy link]
Post time 21-12-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Rantau Panjang: Seramai 62 mangsa banjir yang berlindung di sebuah rumah di Kampung Tasek Bakong, di sini, terpaksa memasak air banjir untuk dijadikan minuman kerana tiada bekalan air bersih diterima sejak dua hari lalu.

Mangsa mendakwa kawasan berkenaan terkepung dengan semua jalan masuk ditenggelami banjir, justeru terpaksa berbuat demikian untuk minuman selain digunakan untuk membuat susu kepada anak kecil.

Muzipah Che Muda, 54, berkata, selepas buntu memikirkan air minuman yang tidak kunjung tiba, mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan banjir sebagai sumber air yang kemudian direbus sebelum diminum.


Katanya, mereka sedar tindakan itu tidak begitu baik tetapi sudah tiada cara lain kerana ramai kanak-kanak sudah merengek kehausan, begitu juga orang dewasa yang sudah tidak minum sejak beberapa jam.

"Air ini juga kami gunakan untuk memasak secara bergotong-royong. Besar harapan kami supaya ada pihak yang masuk untuk menghantar bantuan air bersih buat kami di sini.

"Kami tahu kawasan penempatan ini agak sukar diakses, oleh itu kami mencari ikhtiar lain terlebih dahulu dengan hanya tawakal sahaja semoga air yang diminum tidak memudaratkan.

"Semua mangsa berkumpul di rumah milik salah seorang penduduk yang tidak dimasuki air tetapi halamannya tetap digenangi banjir separas 0.5 meter," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Yatin Mat Yaacob, 46, berkata, kesemua mangsa terpaksa tidur berhimpit, manakala sesetengah kumpulan lelaki tidur di dalam kereta kerana tidak cukup ruang di dalam satu rumah.

"Kami tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sudah terlalu ramai dan penuh. Tambahan pula, hanya rumah ini yang tidak dimasuki air di sini.

"Ada antara mangsa yang kediaman mereka hanya tinggal bumbung sahaja, namun kami reda dengan ujian ini dan bersyukur kerana masih ada tempat berteduh," katanya.

Menurutnya, mereka juga mengambil inisiatif menggunakan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik terutama untuk mengecas telefon bimbit kerana elektrik sudah ditutup sejak banjir melanda.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sa-masak-air-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035375 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list