|
GAMBAR HIASAN. FOTO BERNAMA
Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu semakin menurun sejak malam tadi apabila 36,231 membabitkan 9,739 keluarga di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.
Kemaman menjadi daerah teramai terjejas banjir apabila 7,364 mangsa membabitkan 1,971 keluarga di 24 PPS.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa di Besut mencatatkan seramai 6,672 mangsa membabitkan 1,587 mangsa di 66 PPS.
Jumlah mangsa di Dungun sedikit bertambah apabila seramai 6,186 mangsa membabitkan 1,619 keluarga berpindah ke 41 PPS.
Daerah Hulu Terengganu, seramai 5,954 mangsa membabitkan 1,976 keluarga di 47 PPS.
Di Kuala Nerus pula, seramai 3,895 mangsa membabitkan 988 keluarga ditempatkan di 17 PPS, manakala di Kuala Terengganu, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 2,863 mangsa membabitkan 751 keluarga.
Jumlah mangsa di Setiu, 2,375 mangsa membabitkan 622 keluarga berpindah ke 36 PPS.
Selain itu, jumlah mangsa di daerah Marang semakin berkurangan apabila 922 orang membabitkan 225 keluarga masih berada di 12 PPS.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-di-terengganu |
|