View: 284|Reply: 0
|
[Terengganu]
Sangka rumah 'hilang' hanya gurauan
[Copy link]
|
|
MEK Mas kesan rumahnya yang dibawa arus deras di Kampung La, di Besut, hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: Seorang warga emas pada awalnya menyangka rumah miliknya di Kampung La dikatakan sudah hilang dibawa arus deras hanya sekadar gurauan sahaja.
Mek Mas Salleh, 66, berkata, namun selepas kembali ke rumah pagi semalam selepas banjir surut dia terkejut kerana rumahnya betul-betul hilang dari pandangan mata.
"Apabila tengok sendiri rumah yang didiami sejak lebih 40 tahun lalu tiada baru saya sedar rumah ini sudah musnah.
"Saya tinggal seorang diri manakala empat anak merantau ke luar mencari rezeki namun semasa kejadian saya tinggal di rumah saudara untuk sementara waktu sehingga banjir surut.
"Jika diikutkan tiang asal rumah ini kukuh namun tak sangka banjir besar dengan arus kuat hingga mampu melenyapkan rumah ini sekelip mata," katanya ketika ditemui di Kampung La, di sini.
Katanya, dia juga tidak sempat mengambil barangan dan hanya keluar sehelai sepinggang sahaja.
"Lepas ini jika anak balik kampung pun tak tahu nak duduk mana, rumah ini pun sudah hanyut," katanya.
Katanya kali terakhir rumahnya dilanda banjir pada Februari lalu dan turut mengakui banjir kali ini antara banjir terburuk pernah dialaminya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ilang-hanya-gurauan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|