View: 297|Reply: 0
|
[Terengganu]
ATM bawa makanan, keperluan asas ke Terengganu esok
[Copy link]
|
|
Zahid bertemu penduduk, Norziana Yusop 42 yang rumahnya terjejas banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. - Foto NSTP/Ghazali Kori
KEMAMAN: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa bekalan makanan dan keperluan asas digerakkan ke Terengganu esok.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu sebagai persediaan hadapi gelombang kedua banjir.
Bilangan mangsa banjir di negeri Terengganu direkod berkurangan berbanding malam tadi dengan daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa paling ramai dipindahkan.
Zahid meninjau keadaan banjir di Kampung Bukit Mentok, Kemaman hari ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu melaporkan sehingga jam 8 pagi ini, 36,231 mangsa membabitkan 9,739 keluarga ditempatkan di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri ini.
Di Kemaman sahaja, katanya 7,364 mangsa membabitkan 1,971 keluarga dipindahkan di 24 PPS.
Jumlah mangsa di Besut pula direkodkan seramai 6,672 mangsa membabitkan 1,587 mangsa ditempatkan di 66 PPS, manakala di Dungun sedikit bertambah apabila 6,186 mangsa membabitkan 1,619 keluarga berpindah ke 41 PPS.
Di Hulu Terengganu, seramai 5,954 mangsa membabitkan 1,976 keluarga berada di 47 PPS, diikuti 3,895 mangsa membabitkan 988 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS di Kuala Nerus.
Di Kuala Terengganu pula, 13 PPS dibuka bagi menempatkan 2,863 mangsa membabitkan 751 keluarga.
Jumlah mangsa di Setiu seramai 2,375 mangsa membabitkan 622 keluarga berpindah ke 36 PPS dan akhir sekali di Marang bilangan mangsa banjir semakin berkurang apabila 922 orang membabitkan 225 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ke-terengganu-esok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|