CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Johor] Lelaki 28 tahun jual dadah melalui WeChat ditahan polis

[Copy link]
Post time 22-12-2022 01:16 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA dadah bernilai RM371,075 yang dirampas polis daripada seorang pengedar berusia 28 tahun yang ditahan di Johor Bahru, tengah malam tadi.


JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang bergiat aktif menjual dadah melalui aplikasi WeChat telah ditahan polis bersama sejumlah dadah pelbagai jenis bernilai RM371,075.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun berkenaan ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi, di sekitar bandar raya ini.

Menurut beliau, saringan mendapati suspek turut positif dadah selain mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan mengiklankan bahan terlarang tersebut menggunakan aplikasi WeChat sebelum menghantar dadah yang disimpan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga kepada pelanggan di sekitar bandar raya ini.

“Siasatan awal mendapati suspek telah bergiat aktif dengan kegiatan tersebut sejak Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, ketika serbuan dibuat, polis turut merampas 6.85 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 145 biji pil ekstasi dan 74 gram (g) ketamin dengan nilai RM371,075.

“Jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 35,795 penagih.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas kenderaan digunakan suspek bernilai RM15,000 dab wang tunai sebanyak RM400, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM386,475,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan. –UTUSAN

https://www.utusan.com.my/berita ... chat-ditahan-polis/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051616 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list