CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Negeri Sembilan] NGO di Seremban bantu mangsa banjir Pantai Timur

[Copy link]
Post time 22-12-2022 04:27 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Shahril Anuar (kanan) bersama sukarelawan menunjukkan barangan yang diterima mereka oleh masyarakat sekitar Seremban untuk dihantar ke mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur .-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.



SEREMBAN: Kejadian banjir di negeri-negeri Pantai Timur ketika ini mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini yang mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan asas bagi disumbangkan kepada mangsa terjejas.

Presiden Persatuan Ikatan Amal Muafakat, Mohd. Shahril Anuar berkata, pihaknya bersama NGO, Team Bilal Muda, sejak semalam telah mengambil langkah mengumpulkan barangan keperluan hasil sumbangan penduduk sekitar daerah ini.

Kesemua barangan tersebut dikumpulkan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi di sini sebelum ia dihantar kepada  penduduk di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menjadi mangsa banjir.

“Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul sejumlah barangan keperluan kepada mangsa banjir yang terjejas di Pantai Timur. Ini merupakan kali kedua kami mengambil inisiatif mengumpulkan barangan keperluan asas yang disumbangkan orang ramai di sekitar Seremban. 

“Namun kali, kami hanya memberi fokus kepada barangan keperluan seperti selimut, barangan kebersihan, pakaian dalam, makanan seperti beras, pelbagai makanan kering dan air mineral. 

“Kami masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai untuk barang-barang ini sebelum menghantar barangan ini menggunakan lori lapan tan yang telah ditaja oleh kumpulan pemandu lori atau dikenali GP3 bermula petang ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Shahril berkata, pihaknya juga turut membawa lapan buah bot bagi memudahkan proses pengagihan barangan kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Automatif Melayu Muslim Negeri Sembilan, Mahfiz Muhammad pihaknya turut menyumbang sebanyak 20 pasang jaket keselamatan bagi kegunaan petugas sukarelawan yang mengantar barangan ke Pantai Timur. 

“Kami mengambil peluang ini membantu sukarelawan yang terlibat dengan menyediakan buat mereka jaket keselamatan. Diharapkan segala usaha mereka dipermudahkan,” katanya lagi.-UTUSAN.

https://www.utusan.com.my/berita ... anjir-pantai-timur/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.396983 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list