CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Pahang] Bimbang bot karam, rosak dibadai ombak besar

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Rithauddeen sedang menimba air hujan dari dalam bot miliknya di jeti Sungai Balok. FOTO Khairulmizan Yahya

Kuantan: Setiap kali tiba musim tengkujuh, rata-rata nelayan di Sungai Balok di sini tidak senang duduk memikirkan keselamatan bot mereka yang dilabuhkan di jeti sungai itu.

Ini kerana setiap tahun pada musim itu akan ada bot rosak atau karam akibat air pasang besar dan hujan lebat.

Walau sudah mengambil langkah berjaga-jaga, nasib tidak baik itu berulang sekali gus merugikan nelayan.


Jaringan Ketua Pangkalan (JKP) Nelayan Sungai Balok, Kamarul Shah Mohammad berkata, terdapat 158 bot termasuk milik 70 nelayan berdaftar di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan jeti persendirian di sepanjang Sungai Balok.

"Memang setiap tahun pada musim tengkujuh, kami tidak akan senang duduk terutama jika hujan lebat dan air pasang pada waktu malam.

"Biasanya kami akan meletakkan bot di tempat dirasakan paling selamat, selain kerap memantau keadaan bot di jeti.

"Kami juga sepakat dengan bergilir-gilir memantau bot di jeti dan akan segera memaklumkan kepada pemilik bot jika melihat keadaan yang tidak elok, seperti bot senget atau dipenuhi air hujan," katanya.

Begitupun, katanya, musibah tidak dapat dielakkan dengan tahun ini sudah ada tujuh kes bot karam.

"Dua kes bot karam berlaku di muara sungai ketika nelayan dalam perjalanan pulang ke jeti, manakala empat kes lagi berlaku di jeti.

"Kejadian paling buruk pernah berlaku sebelum ini pada 2014, ketika banjir besar melanda Pahang apabila kira-kira 10 bot nelayan di sini karam, manakala bot di beberapa jeti lain hanyut dibawa arus," katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha bot sewa, Ahmad Rithauddeen Shafie, 46, berkata, bot gentian kaca miliknya hampir karam dalam kejadian lebih dua minggu lalu.

Katanya, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan rakannya dan bergegas ke jeti namun mendapati hampir keseluruhan bot sudah tenggelam.

"Dengan bantuan rakan, bot saya berjaya diselamatkan namun saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM6,000 akibat kejadian itu," katanya yang memberitahu pertama kali berhadapan situasi itu sejak lebih dua tahun mengusahakan bot sewa.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dibadai-ombak-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.038564 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list