CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 288|Reply: 0

[Johor] 3 ditahan curi rumah kerabat diraja Johor

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Dua remaja antara tiga lelaki yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian mencuri dan menceroboh kediaman milik kerabat diraja Johor, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Asisten Komisioner Raub Selamat berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 16, 19 dan 47 tahun itu ditahan pada 11.40 pagi di lokasi kejadian susulan laporan mengenainya dibuat pada 10 pagi.

Bagaimanapun, beliau berkata dua individu berjaya melarikan diri dan polis sedang berusaha mengesan mereka.

"Polis turut merampas dua kereta, satu mesin gergaji, empat sarung tangan kain, tiga telefon bimbit pelbagai jenama, satu kunci kereta dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM150.


"Hasil semakan dan saringan air kencing terhadap ketiga-tiga individu itu mendapati mereka tiada rekod jenayah selain negatif dadah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erabat-diraja-johor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.394222 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list