CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

[Pahang] Suami sakit kronik, Rosmaliza buntu cari duit baiki rumah rosak dibadai ribut

[Copy link]
Post time 24-12-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Sudah jatuh ditimpa tangga.

Itu nasib menimpa Ramli Mat Taha, 51, dan isteri, Rosmaliza Rusli, 43, apabila rumah didiami pasangan itu bersama lima anak rosak akibat ribut baru-baru ini, menyebabkan mereka kini terbeban dengan masalah kewangan ketika Ramli pula tidak mampu lagi bekerja kerana menghidap dua penyakit kronik.

Menurut Rosmaliza, mereka memerlukan anggaran RM15,000 untuk membaiki kerosakan rumah di Kampung Darat, Sungai Ular, di sini dan dia buntu memikirkan dari mana boleh mendapatkan dana bagi tujuan berkenaan.

"Bumbung rumah diterbangkan angin, bahagian dinding konkrit pula retak," katanya ketika ditemui.



Keadaan rumah Ramli Mat Taha, 51, dan isteri, Rosmaliza Rusli, 43, yang rosak teruk akibat ribut 18 Disember lalu. - NSTP/AINAL MARHATON ABD GHANI

Menurut Rosmaliza, suami sudah tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit kencing manis sejak 15 tahun lalu yang turut menyebabkannya mengalami masalah penglihatan, selain kini turut menderita penyakit buah pinggang tahap lima.

"Saya pula terpaksa berhenti kerja sebagai penebar roti canai kerana perlu uruskan suami. Dia kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut kerana jangkitan kuman selepas hemodialisis semalam.

"Dengan anak yang masih belajar, ditambah pula tiada pendapatan tetap, saya tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi," katanya namun tetap bersyukur kerana suami menerima bantuan bulanan Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Selain bantuan bulanan RM500 daripada MUIP, katanya, Ramli turut menerima pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), juga sebanyak RM500 bagi meneruskan kehidupan.

Rosmaliza bersama empat daripada lima anak kini menumpang rumah adiknya, Rosmahira Shakilra, 32, manakala suami dan anak bongsu mereka, Muhammad Hidayatullah, 10, menumpang di rumah ibu mentuanya, Siti Rafeah Sheikh Ahmad, 66, di kawasan berhampiran.

Dalam kejadian jam 11.30 malam pada 18 Disember lalu, rumah Rosmaliza antara tujuh kediaman mengalami kerosakan pada bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.

"Bunyi angin yang kuat, hujan lebat, ribut serta kilat dan bekalan elektrik terputus tiba-tiba mengejutkan kami yang sedang asyik menonton perlawanan akhir bolasepak Piala Dunia. Saya terus mendapatkan anak bongsu yang baru sehari berkhatan dan kami berlindung di bahagian dapur.

"Suami pula terpaksa berjalan dalam keadaan teraba-raba sebelum dibawa ke rumah ibunya. Saya kemudian terkejut melihat keseluruhan bumbung di bahagian ruang tamu dan beranda rumah sudah tiada, manakala bumbung bilik pula terkopak, namun bersyukur kerana tiada ahli keluarga cedera," katanya.

Katanya, dalam keadaan suami tidak sihat, dia perlu berikhtiar mengumpul wang secepat mungkin untuk memasang bumbung baharu bagi mengelak rumah terus mengalami kerosakan akibat dimasuki air hujan.


Rosmaliza melihat keadaan rumahnya yang sudah tidak berbumbung akibat ribut 18 Disember lalu. - NSTP/Ainal Marhaton Abd Ghani

https://www.bharian.com.my/berit ... t-baiki-rumah-rosak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.059114 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list