CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua remaja berusia 18 tahun maut rempuh lori

[Copy link]
Post time 24-12-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode


Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas merempuh sebuah lori yang diparkir di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 279.6 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, malam tadi. - Foto PDRM

NILAI: Penunggang dan pembonceng motosikal maut selepas dipercayai merempuh sebuah lori yang diparkir di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 279.6 Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, kedua-dua mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dikatakan tersepit di bahagian bawah lori.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lori berkenaan difahamkan mengalami kerosakan sebelum pemandunya berhenti sementara ia dibaiki.

"Berlaku satu kemalangan di KM279.6 membabitkan sebuah lori dan motosikal kira- kira jam 11.30 malam.


"Sebuah lori yang dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Senawang ke Puchong, Selangor dikatakan mengalami tayar pecah pada bahagian kanan belakang.

"Pemandu yang berusia dalam lingkungan 60-an itu parkir kenderaan berkenaan lorong kecemasan dengan memasang tanda amaran segi tiga," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki berusia 18 tahun dari arah sama dikatakan melanggar bahagian belakang lori berkenaan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Akibat kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, pihak polis memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Nilai, Inspektor Siti Syarah di talian 014-5144741 bagi membantu siasatan.

https://www.bharian.com.my/berit ... un-maut-rempuh-lori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.051803 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list