CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 0

[Terengganu] Cuaca baik, lebih ramai mangsa pulang ke rumah

[Copy link]
Post time 25-12-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Pemantauan melalui udara menerusi helikopter Mi17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati terdapat rumah yang roboh dihanyutkan banjir semasa tinjauan di Kampung La, Hulu Besut hari ini. FOTO BERNAMA

Kuala Terengganu: Cuaca baik di negeri ini sejak beberapa hari lalu, membolehkan lebih ramai mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS), dibenar pulang ke kediaman masing-masing.

Setakat 8 pagi ini, jumlah mangsa makin berkurang menjadikan seramai 5,810 mangsa membabitkan 1,651 keluarga masih di 44 PPS.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jika dibandingkan 8 malam tadi, terdapat 6,356 mangsa daripada 1,785 keluarga di 47 PPS di tujuh daerah di negeri ini.

Kuala Nerus menjadi daerah dengan mangsa teramai apabila 2,210 mangsa membabitkan 574 keluarga di 11 PPS.

Ini diikuti Hulu Terengganu dengan 1,288 mangsa daripada 482 keluarga masih berada di tujuh PPS.

Kuala Terengganu pula merekodkan 916 mangsa membabitkan 259 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Bilangan mangsa di daerah Besut adalah 421 orang daripada 105 keluarga di tujuh PPS.

Daerah Setiu pula, jumlah mangsa merekodkan ada sedikit pengurangan dari malam tadi apabila 126 mangsa daripada 23 keluarga di dua PPS.

Di Marang, hanya satu PPS sahaja dibuka bagi menempatkan 76 mangsa yang membabitkan pelajar madrasah di daerah itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gsa-pulang-ke-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.180047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list