CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang mula beroperasi hari ini

[Copy link]
Post time 25-12-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai membeli tikar, permaidani, cadar, dan peralatan dapur apabila premis jualan membuat lelongan terutama bagi barangan banjir yang masih elok. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

RANTAU PANJANG: Kira-kira 90 peratus peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang mula beroperasi hari ini selepas lima hari tidak menjalankan perniagaan akibat banjir.

Tinjauan ke pekan berkenaan mendapati, peniaga mula membuka kedai seawal jam 9 pagi, selain menerima pengunjung yang ramai terutama di premis menjual pakaian, permaidani, tilam dan bantal.

Peniaga, Rohani Mat Noh, 65, berkata dia mencuci kedai pakaian miliknya semalam selepas dinaiki air separas 0.3 meter dan mula berniaga seperti biasa hari ini.

"Rakan niaga yang lain juga turut beroperasi selepas air mulai surut sepenuhnya, selain jalan utama ke pekan Rantau Panjang juga boleh dilalui semua kenderaan.


"Tambahan pula, pekan ini biasanya menjadi tumpuan pengunjung selepas banjir. Ada yang datang untuk melihat sendiri kesan bah dan pada masa sama, tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah.

"Alhamdulillah, barangan di kedai saya tidak ditenggelami banjir kerana saya sempat mengalihkan pakaian di tempat tinggi sebelum premis digenangi banjir," katanya ketika ditemui di Bazar Siti Fatimah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Zahara Salleh, 58, berkata dia mengambil peluang berniaga selepas melihat ramai pengunjung memasuki zon bebas cukai terbabit sejak semalam.

"Walaupun penat mengemas masih belum hilang, tetapi saya tetap berniaga kerana teruja melihat ramai pengunjung datang bukan saja dari Kelantan, malah negeri luar seperti Johor, Kuala Terengganu dan Pahang

"Ada beberapa premis jualan yang membuat lelongan terutama bagi barangan yang sudah digenangi air. Tetapi, mereka akan memilih barang yang masih boleh digunakan untuk dijual.

"Selain itu, ada sebilangan kecil yang tidak berniaga, mungkin kerana kediaman mereka sendiri masih digenangi air kerana tinggal di kawasan penempatan rendah," katanya.

Hasil tinjauan mendapati seluruh kawasan pekan Rantau Panjang bebas banjir, tetapi penempatan rendah seperti Kampung Tersang, Kampung Kusar dan Kampung Gual To'Deh, di sini, masih dilanda bah .

https://www.bharian.com.my/berit ... beroperasi-hari-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036421 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list