CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Kelantan] Pesta sembat patin di pintu air

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:04 PM | Show all posts |Read mode

Pesta sembat ikan di pintu air Kampung Jubakar Pantai. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Tumpat: Setiap kali musim tengkujuh, kawasan pintu air Kampung Jubakar Pantai di sini, bagaikan tapak pesta apabila menjadi tumpuan kaki pancing yang teruja memancing ikan patin.

Menerusi penggunaan teknik 'sembat' joran tanpa sebarang umpan, ikan patin yang keluar mengikut arus deras menerusi pintu air itu ditunggu lebih 50 kaki pancing menanti di kawasan itu tanpa mengira masa.

Bagi Azizul Anuar, 33, dia sanggup berulang alik dari rumahnya di Kampung Machang Gochoh, Pasir Mas dekat sini setiap hari sejak lapan hari lalu untuk ke lubuk ikan air tawar itu bagi memburu patin.

Dia berkata, seawal jam 4 pagi dia sudah mula memacak jorannya dan sejak lebih seminggu dia sudah memperoleh lapan ekor ikan patin yang terus dijual kepada pembeli yang sedia ada di lokasi itu.

"Rata-rata pemancing akan terus menjual hasil 'menyembat' kepada pembeli dengan harga RM15 sekilogram (kg) dan sejak lapan hari di sini, saya sudah memperoleh sekitar RM600 hasil jualannya.

"Ada juga ikan yang berjaya dipancing, saya bawa pulang untuk dimakan seisi keluarga tapi lebih banyak dijual kerana bukan selalu kami mendapat 'durian runtuh' seperti ini.

"Kebanyakan ikan yang berjaya dipancing adalah patin dan sebahagian kecil adalah tapah serta tumang galang dan paling berat yang berjaya dipancing adalah seberat 13.5kg," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hasil tinjauan yang dibuat di kawasan itu mendapati kaki pancing bukan sahaja memancing dari tebing, tapi ada juga yang sangat hampir dengan muka pintu.

Kawasan sekitar juga dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan sendiri bagaimana kaki pancing menyembat batang pancing masing-masing dan akan sama-sama bersorak jika mata kail berjaya menaikkan hasil.

Seorang lagi kaki pancing, Mat Noor Husin, 40, berkata, musim tengkujuh dan hujan lebat memang menjadi saat ditunggu-tunggu buat kaki pancing dan penduduk sekitar.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah akan kerap ke pintu air itu setiap hari untuk menyembat patin kerana ketika musim tengkujuh dia kerap tidak dapat bekerja disebabkan ada beberapa kawasan dinaiki air.

"Setakat seminggu menyembat patin di sini saya sudah naikkan empat ekor dengan beratnya mencecah sembilan kilogram dan menjualnya pada harga RM135," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -patin-di-pintu-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.176995 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list