View: 218|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bomba terus pantau kawasan 'hotspot' Terengganu
[Copy link]
|
|
SAMPAH-sarap yang terdampar di pantai selepas dihanyutkan ombak ekoran musim Monsun Timur Laut (MTL). FOTO Bernama
Kuala Terengganu: Walaupun banjir di Terengganu beransur pulih, namun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terus mempertingkatkan pemantauan terutama di kawasan 'hotspot' di seluruh negeri ini.
Pemantauan di lebih 300 kawasan yang dikenal pasti sering dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang peralihan Monsun Timur Laut (MTL).
Timbalan Pengarah JBPM Terengganu, Mohd Khairiri Mat Resad@Arshad berkata, langkah proaktif yang dilakukan itu sebagai langkah persediaan berdepan sebarang kemungkinan berlaku gelombang ketiga melanda negeri ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dari segi anggota dan aset bagi digerakkan jika berlaku bila-bila masa.
"Sekalipun banjir di Terengganu sudah pulih, namun kita tetap akan meneruskan pemantauan dari masa ke semasa terutama di 300 kawasan 'hotspot' di seluruh negeri ini.
"Sehubungan itu, kesiapsiagaan anggota dan aset juga berada di tahap maksimun untuk digerakkan ke kawasan dilanda banjir bagi menyelamatkan mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Khairiri berkata, pihaknya juga bersedia untuk menghadapi gelombang seterusnya yang kemungkinan akan berlaku.
Menurutnya, disamping anggotanya melakukan pemantauan mereka turut bertindak memberikan nasihat kepada penduduk setempat supaya sentiasa peka dengan keadaan semasa.
"Selain memberi tumpuan kepada banjir, kes-kes kecemasan lain seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya turut diutamakan mereka.
"Sekarang anggota bomba juga terbabit dalam pasca banjir membersihkan rumah kediaman, sekolah dan masjid," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hotspot-terengganu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|