CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Pahang] 2 kakitangan SUK dituduh kes penipuan darjah kebesaran Pahang

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Dua bekas kakitangan SUK Pahang, Mohd Isa Mohd Yusof (dua, kanan) dan Muhammad Amer Syafeeq Aziz (dua, kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan mengubah suai kandungan laman web sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat Pahang, yang didakwa dilakukan sejak dua tahun lepas. - foto BERNAMA

KUANTAN: Dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran, dua tahun lalu.

Tertuduh pertama, Mohd Isa Mohd Yusof, 36, dan tertuduh kedua Amer Syafeeq Aziz, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mohd Isa didakwa tanpa kuasa menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan nama 26 individu ke dalam laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sebagai penerima pingat Datuk dan Datuk Seri daripada Sultan Pahang sedangkan individu terbabit tidak disenaraikan untuk menerima anugerah berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 19 Februari 2020 hingga 12 Oktober 2021 di Pejabat SUK Pahang.


Amer Syafeeq didakwa melakukan kesalahan sama dengan memasukkan nama tiga individu dan perbuatan itu dilakukan antara 18 Ogos 2021 sehingga 4 Oktober 2021.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,00 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh juga boleh dikenakan denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Fathin Nadhirah Kasim.

Sebelum itu, Abdul Ghafar menawarkan wang jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Mohd Isa dan Muhammad Amer Syafeeq.

Bagaimanapun, Mohd Isa yang tidak diwakili peguam bela merayu supaya wang jaminan dikurangkan dan hanya mampu membayar antara RM10,000 hingga RM20,000.

Sementara itu, Mohd Amer Syafeeq yang diwakili peguam bela, Noor Azmi Kasam pula meminta wang jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh yang kini tidak bekerja.

Noor Azmi menjelaskan anak guamnya kini bekerja sendiri dengan pendapatan RM500 hingga RM700 sebulan perlu menyara seorang isteri yang sedang mengandung dan seorang anak.

Hakim Maimoonah Aid kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan kes disebut semula pada 13 Februari tahun depan.

https://www.bharian.com.my/berit ... ah-kebesaran-pahang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.286920 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list