CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 325|Reply: 0

[Terengganu] MBKT ambil tindakan elak hakisan serius sekitar jambatan angkat

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Kesan hakisan yang berlaku di laluan pejalan kaki berhampiran jambatan angkat.


KUALA TERENGGANU – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengesahkan berlaku kerosakan akibat hakisan di sekitar laluan pejalan kaki berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau lebih dikenali sebagai drawbridge.

Datuk Bandarnya, Rosli Latif berkata, hakisan sejauh kira-kira 50 meter itu menyebabkan sebahagian benteng penghadang ombak di kawasan tersebut pecah manakala tanah dan laluan pejalan kaki pula runtuh.

Menurutnya, masalah tersebut yang melibatkan salah sebuah lokasi pelancongan popular itu sudah pun dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

    “Runtuhan ini berlaku disebabkan air laut masuk di bawah tanah dan menghakis pasir yang terdapat di belakang benteng penghadang ombak.

“Apabila pasir terhakis, laluan pejalan kaki tergantung dan akhirnya runtuh berikutan tiada lagi penahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, MBKT dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga akan mengambil tindakan lebih proaktif untuk mengelak runtuhan lebih serius.

Menurutnya, masalah hakisan dikesan berlaku sejak beberapa bulan lalu namun keadaan bertambah serius berikutan fenomena air pasang besar yang melanda sepanjang Monsun Timur Laut ketika ini.

“Kita harap pengunjung berhati-hati ketika berkunjung ke sana dan menjauhi kawasan runtuhan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... tar-jambatan-angkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.117037 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list