CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Kelantan] Keindahan pantai Tok Bali terjejas dek banjir

[Copy link]
Post time 28-12-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Keindahan Pantai Tok Bali yang sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara kian terjejas. - Foto Bernama



PASIR PUTEH - Keadaan semasa bencana banjir di Pantai Timur dilihat semakin beransur pulih, namun Pantai Tok Bali yang sering menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar negara kerana keindahannya, kini menjelma dengan wajah berbeza.

Tinjauan mendapati terdapat longgokan sampah-sarap di serata kawasan permukaan pantai berpasir itu seperti botol plastik, kayu reput serta daun kering, dan rata-rata pengunjung jelas terperanjat besar, kerana tidak menyangka keadaannya kini berubah sama sekali.

Seorang pengunjung dari Johor Bahru, Siti Masyitah Mohd Sekeri, 30, berkata, dia yang turut membawa anak-anaknya ke pantai Tok Bali sempena cuti musim persekolahan berasa terkejut dengan situasi pemandangan itu.

"Kali terakhir saya datang ke pantai Tok Bali ini kira-kira tiga tahun lepas dan saya ingatkan keindahan pantai ini akan terus terjaga, tetapi apabila saya lihat hari ini, rasa sangat terkejut kerana ada sampah-sarap seperti kayu reput dan botol plastik di pantai ini.

    "Saya sangat sedih dengan keadaan pantai ini dalam keadaan sekarang," katanya ketika ditemui Bernama, pada Rabu.

Mohd Zulfadhli Rosley, 31, dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu pula berkata, keadaan pantai tidak bersih dan dijaga dengan baik akan memberi kesan kepada sektor pelancongan di Tok Bali, dan ia bukan sahaja menjejaskan pemandangan di pantai berkenaan malah habitat hidupan laut turut terganggu.

"Saya harap pihak berkuasa memandang serius mengenai perkara ini dan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai Tok Bali," katanya.

Seorang penduduk tempatan Zakaria Harun, 49, yang tinggal berdekatan dengan pantai Tok Bali pula berkata, kejadian banjir pada 18 Disember lepas menyebabkan rumahnya dinaiki air sehingga paras paha dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara berdekatan.


"Longgokan sampah-sarap di Pantai Tok Bali ini juga dipercayai berpunca daripada kejadian banjir baru-baru ini dan saya terpaksa membersihnya dengan sendiri di kawasan sekitar halamam rumah," katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... terjejas-dek-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041077 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list