CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Pahang] Hakisan 'telan' tanah penduduk

[Copy link]
Post time 31-12-2022 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Pekan: "Hakisan yang berlaku setiap tahun menyebabkan batu sempadan tanah saya kini berada di dalam sungai," kata Jamidi Wahab, 63.

Menurut penduduk Kampung Padang Rambia itu, sudah lebih enam meter (m) tanah rumah miliknya 'hilang' berikutan masalah hakisan sejak menghuni kawasan itu lebih setengah abad lalu.

Jamidi antara penduduk kampung itu yang resah selepas kediaman yang terletak kira-kira 100m dari tebing Sungai Pahang diancam hakisan serta berisiko.


Banjir yang berlaku setiap kali musim tengkujuh juga memburukkan lagi keadaan, dengan terbaharu pada 18 Disember lalu yang didakwa menyebabkan hakisan tebing 5m selain, jalan menghubungkan kampung itu dan Kampung Temai rosak.

Jamidi berkata, ada penduduk yang menternak ikan sangkar dan membina rumah di tepi sungai itu terpaksa pindah kerana berasa tidak selamat.

"Saya berharap langkah penyelesaian jangka panjang diambil termasuk membina benteng demi keselamatan tetapi ini perlu persetujuan pemilik tanah," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli Hussin, 62, berkata, hakisan berlaku berhampiran pagar rumah sewanya dan bimbang keadaan semakin buruk pada masa akan datang.

"Pihak berwajib sudah datang melihat situasi ini termasuk wakil rakyat dan jalan ini sudah pun ditutup, jadi kami terpaksa menggunakan jalan besar untuk berulang alik," katanya yang bimbang keadaan lebih buruk di masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Arif berkata, sudah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan susulan terhadap masalah penduduk kampung itu.

"Tindakan sementara JKR Pekan ialah menutup sementara jalan berkenaan, manakala kos baik pulih jalan masih belum dapat dipastikan sehingga tindakan pembaikan cerun oleh JPS," katanya.

Menurutnya, pihaknya menunggu laporan JPS untuk tindakan selanjutnya.


Zulkifli Hussin, 62 (kiri) bersama Jamidi Wahab, 63, melihat keadaan jalan yang runtuh akibat hakisan tebing sungai berdekatan rumah mereka. FOTO Khairulmizan Yahya

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-penduduk-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047839 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list