View: 321|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki disyaki rogol anak tiri ditahan
[Copy link]
|
|
Jempol: Lelaki ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya berusia 13 tahun di di sini, semalam.
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan pada 5 petang, ketika sedang bekerja di warungnya.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, penahanan itu susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa dirogol suspek kira-kira 10 malam, 10 Disember lalu.
"Mangsa mendakwa dia dirogol ketika sedang tidur di ruang tamu rumah mereka.
"Selepas kejadian itu mangsa menceritakan kejadian kepada kakaknya sebelum membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hoo berkata, mangsa juga mendakwa mula dirogol suspek sejak 2021 dan kali terakhir pada 10 Disember lalu.
Katanya, suspek direman selama tujuh hari sehingga 5 Januari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.
"Mangsa ketika ini diletakkan di bawah jagaan neneknya sementara pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapat kelulusan bagi permohonan perlindungan interim (IPO ) terhadap mangsa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-anak-tiri-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|