CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

[Pahang] Pura-pura musafir sebelum pecah tabung masjid

[Copy link]
Post time 31-12-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode

AZLI (dua kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas. FOTO ihsan polis

Lipis: Polis menahan dua lelaki secara berasingan selepas dipercayai terbabit dengan tujuh kes pecah tabung masjid di daerah ini.

Suspek masing-masing berusia 28 dan 40 tahun ditahan dalam Ops Pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis pada 28 dan 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pada 24 hingga 26 Disember, BSJ menerima tiga laporan kes kecurian tabung masjid di sekitar kawasan Kuala Lipis membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah kira-kira RM1,500.


"Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya Indah, Temerloh jam 9.30 malam, 28 Disember dan menahan seorang lelaki berusia 28 tahun," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi suspek ditahan dalam serbuan di sebuah surau di Kampung Chegar Perah, pada jam 8 pagi, 29 Disember.

Azli berkata, dalam serbuan itu, polis merampas dua motosikal Yamaha Y15ZR, pam racun, dua beg sandang, dua topi keledar dan wang tunai berjumlah RM74.

"Suspek pertama turut mendedahkan pembabitannya dalam empat kes curi tabung masjid iaitu tiga di daerah Lipis dan satu di daerah Temerloh.

"Suspek kedua turut mengaku terbabit dalam tiga kes kecurian tabung masjid, satu kes pecah rumah, satu kes pecah sekolah dan satu kes pecah tabung sejak hujung Ogos hingga Disember tahun ini," katanya.

Katanya, kedua-dua berpura-pura sebagai musafir yang berehat di masjid yang terletak di jalan utama dan melakukan kegiatan itu antara 2 hingga 4 petang atau 2 pagi hingga 5 pagi.

"Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah tabung masjid, satu kes pecah sekolah, satu kes pecah tabika dan satu kes pecah rumah membabitkan anggaran kerugian sebanyak RM5,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri dalam bangunan dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah/sekolah," katanya.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah selain suspek pertama mempunyai empat kes rekod jenayah lampau manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod lampau.

"Kedua-dua suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Kuala Lipis sehingga 3 Januari untuk siasatan lanjut," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pecah-tabung-masjid
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059880 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list