CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Kelantan] Tidak pernah putus berdoa

[Copy link]
Post time 1-1-2023 04:03 PM | Show all posts |Read mode

Nur Zulaikha menjaga dan menguruskan anak sulungnya, Nur Damia Erriesya yang menghidap penyakit saraf Cerebral Palsy (CP), bagai menatang minyak yang penuh ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Gatal. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kuala Krai: "Anak saya terlantar, tidak boleh bercakap dan hanya berkomunikasi melalui kerdipan mata," kata ibu tunggal, Nur Zulaikha Mohamat Zapiru, yang tabah menjaga Nur Damia Erriesya Muhamad Nasruddin, 14, yang menghidap penyakit saraf Cerebral Palsy (CP).

Nur Zulaikha, 34, mengakui mempunyai anak yang menghidap CP cukup menguji ketabahan berikutan anak istimewa itu memerlukan penjagaan khusus seperti bayi yang baru lahir.

Katanya, anaknya itu dilahirkan normal, namun ketika berusia lapan bulan, doktor memberitahu anaknya itu mungkin mempunyai simptom CP selepas melihat perubahan pada diri Nur Damia Erriesya yang tidak boleh merangkak serta meniarap seperti bayi normal lain.

"Saya perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM500 sebulan untuk membeli keperluan Nur Damia Erriesya seperti lampin pakai buang.

"Anak saya memperoleh bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan, namun perlu berjimat kerana selain perlu membeli barang keperluannya, saya juga perlu menanggung seorang lagi anak, Muhammad Dayyan Rifqi, 8, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Yahya Petra 1 ," katanya yang sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak lebih setahun lalu.

Dia yang tinggal di Kampung Gatal, di sini, menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban ditanggung.

Nur Zulaikha berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka tiga beranak, dia menjual takoyaki dan pada masa sama turut menjalankan urusan perniagaan makanan itu secara 'cash on delivery' (COD) di sekitar Kuala Krai dengan pendapatan yang tidak menentu bergantung.

Katanya, meskipun hidupnya susah, namun dia tetap akan mengutamakan keperluan Nur Damia Erriesya kerana anaknya itu adalah pemberian teristimewa yang dianugerahkan Allah kepadanya.

"Setiap empat dan enam bulan sekali, anak saya perlu menjalani rawatan rehabilitasi selain berjumpa pakar kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk perkembangan kesihatannya.

"Saban hari saya tidak pernah putus berdoa supaya dia sihat dan sentiasa berada dalam jagaan Allah," katanya.

Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Maybank bernombor 153029299252 atas nama Nur Zulaikha Mohamat Zapiru atau menghubunginya di talian 011-56516481.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pernah-putus-berdoa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.035447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list