CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

[Kelantan] Wanita tertekan cuba terjun Jambatan Sultan Yahya Petra

[Copy link]
Post time 2-1-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode

ORANG ramai berusaha memujuk mangsa sementara menunggu anggota bomba tiba di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/IHSAN PEMBACA

KOTA BHARU: Seorang wanita yang dipercayai tertekan akibat masalah rumah tangga membatalkan niatnya untuk terjun ke Sungai Kelantan menerusi Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas sejam dipujuk anggota bomba.

Orang awam yang melalui kawasan tersebut melihat wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu berada di tepi pagar jambatan berkenaan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.03 petang.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, wanita terbabit yang dipercayai seorang  penjawat awam sedang berdiri sambil melihat ke arah sungai.

“Anggota bomba mengambil masa selama sejam untuk memujuk wanita itu dengan mengajaknya ke kawasan lain untuk berbincang.

“Wanita terbabit mengadu dia mempunyai masalah rumah tangga terus memberi kerjasama sebelum menaiki keretanya yang ditinggalkan tidak jauh dari jambatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

Ahmad Fakaruddin memberitahu, selepas keadaan wanita itu dapat dikawal, anggota bomba kemudian menghubungi keluarga mangsa supaya datang mengambilnya sebelum dia dibawa pulang ke rumah keluarga.  –  UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... sultan-yahya-petra/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.214428 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list