View: 451|Reply: 0
|
[Johor]
Udang galah ‘menggila’ di Sungai Kahang
[Copy link]
|
|
PEMANCING menunjukkan hasil udang galah yang berjaya diperoleh selepas turun memancing antara dua hingga tiga hari, baru-baru ini.
KLUANG: Fenomena pelik berlaku di Sungai Kahang apabila puluhan kilogram udang galah berjaya dibawa pulang oleh pemancing walaupun hanya turun ke sungai dalam tempoh yang singkat.
Keadaan itu menyebabkan hampir setiap hari sejak seminggu lalu Sungai Kahang sentiasa dipenuhi oleh pemancing yang datang dari Kluang, Batu Pahat dan Kulai.
Pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Shukor, 48, berkata, jumlah udang galah yang berjaya dipancing agak luar biasa dan tidak pernah berlaku sejak 10 tahun berkecimpung dalam aktiviti tersebut.
Katanya, kebiasaan masa udang galah mudah diperoleh adalah antara Mac hingga Oktober, manakala pada musim tengkujuh seperti ini agak jarang mendapat tangkapan yang banyak.
“Setiap seorang yang turun memancing udang galah sejak seminggu lalu akan membawa pulang sekurang-kurangnya dua kilogram jika turun seawal pukul 7 pagi dan balik lewat petang.
“Namun, ramai pemancing yang turun antara dua hingga tiga hari dan memperoleh kira-kira lima kilogram seorang dan semua udang diperoleh bersaiz mega,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurut Shukor, dengan hasil sebanyak itu setiap pemancing akan mendapat pulangan antara RM140 hingga RM350 kerana harga pasaran adalah RM75 sekilogram.
Sementara itu, pengusaha bot sewa di Jeti Lubuk Pungkur di Batu 28, Kahang, Osman Manap, 47, mengakui fenomena tersebut jarang berlaku ketika musim tengkujuh kerana air agak sejuk selain paras yang tinggi sehingga melepasi tebing.
Selepas lebih 20 tahun, tidak pernah orang datang memancing sehingga menyebabkan 30 buah bot disediakan habis ditempah.
“Tidak diketahui apa puncanya sehingga udang galah seperti menggila memakan umpan yang kebiasaan pemancing menggunakan anak udang.
“Syukur alhamdulilah, mungkin ini rezeki pemancing dan diharapkan berterusan hingga luar musim tengkujuh nanti kerana pada waktu itu paras air sungai akan lebih rendah berbanding sekarang,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ggila-di-sg-kahang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|