CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Pahang] Rezeki selepas banjir, ikan mungkus jadi buruan

[Copy link]
Post time 3-1-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Aktiviti tahan jaring oleh penduduk terdiri Orang Asli suku Semelai yang tidak ketinggalan menangkap ikan mungkus.


TEMERLOH - Penduduk sekitar Sungai Pahang di sini tidak melepaskan peluang memburu ikan kecil seperti seluang, susuh batu atau pun lebih dikenali dengan ikan mungkus yang keluar dengan banyak selepas banjir.

Penduduk Orang Asli dari suku Semelai menyifatkan fenomena tersebut turut memberikan rezeki tambahan dan hasil tangkapan diperoleh tahun ini lebih lumayan berbanding tahun lalu.



Bujang membawa naik ikan mungkus yang diperoleh di Sungai Pahang.

Perkara itu turut diakui Bujang Sulaiman, 41, dari Kampung Paya Badak di sini yang memberitahu hasil tangkapan diraihnya cukup meriah sejak memulakan aktiviti menangkap ikan beberapa hari lalu.

"Ada satu hari saya dan rakan dapat hingga lebih 13 kilogram (kg) selepas hanya beberapa jam tahan jaring.

"Memang hasil kali ini lebih banyak dan gembira kerana ikan mungkus memang kegemaran keluarga," katanya kepada Sinar Harian.



Bujang

Ikan mungkus ialah sejenis ikan kecil yang bergerak dari hulu ke kuala secara berkumpulan dan lazimnya ia berlaku selepas musim banjir, bergerak menyusuri tebing sungai bermula dari Lipis hingga ke Pekan.

Tambah Bujang, separuh daripada ikan tersebut menjadi santapan mereka selain dijual kepada orang ramai.

"Permintaan tinggi terhadap ikan mungkus yang boleh mencecah hingga RM20 sekilogram," jelas Bujang.



Sebahagian ikan mungkus yang berjaya ditangkap.

Sementara itu bagi Rojilah Supeng, 41, berkata, dia tidak melepaskan peluang bersama ahli keluarga lain menunggu jaring yang ditahan di sekitar sungai tersebut.



Rojilah bersama hasil tangkapan.

"Ikan mungkus sedap digoreng atau dibakar dan semua anak suka ikan ini, bila ada peluang turun memang saya turut serta aktiviti ini," tambah Rojilah.

https://www.sinarharian.com.my/a ... mungkus-jadi-buruan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.482515 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list