CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 362|Reply: 0

[Johor] Pekerja tapak pembinaan maut jatuh dari ketinggian 70 meter

[Copy link]
Post time 3-1-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode

LOKASI kejadian pekerja Nepal maut selepas terjatuh dari ketinggian 70 meter. FOTO Ihsan JKKP

Johor Bahru: Seorang warga Nepal maut terjatuh dari ketinggian 70 meter di sebuah tapak pembinaan di Pasir Gudang di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor berkata, kejadian membabitkan mangsa berusia 42 tahun itu berlaku pada 10.21 pagi.

Katanya, siasatan mendapati mangsa adalah pekerja sub-kontraktor yang dilantik bagi kerja membuka perancah di kawasan pembinaan itu.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, JKKP Johor mengeluarkan Notis Larangan Serta Merta berkaitan aktiviti kerja merombak perancah dan arahan Larangan Kacau Ganggu tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan pihak yang bertanggungjawab ke atas kemalangan itu.

Katanya, JKKP Johor akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya gagal mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja. Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja bertugas," katanya.

"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketinggian-70-meter
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.477862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list