CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Johor] Rampas cecair vape, peranti dan rokok elektronik RM1.55 juta

[Copy link]
Post time 4-1-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Kamarul Zaman (kanan) bersama Muhd Zailani (dua dari kiri) melihat antara rampasan pelbagai jenis cecair vape dan peranti tanpa lesen di Markas Pasukan Polis Marin, Wilayah 2, Tampoi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Johor Bahru: Polis Johor berjaya merampas cecair vape, peranti serta aksesori rokok elektronik bernilai RM1.55 juta di sebuah premis di Taman Eko Perniagaan, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kejayaan itu hasil siasatan dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Baharu Selatan.

Katanya, tiga suspek membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 25 tahun turut ditahan dalam serbuan pada jam 12.30 tengah hari itu.

"Siasatan mendapati kesemua suspek adalah pekerja dan penjaga premis yang menjual pelbagai jenis cecair vape dan peranti serta aksesori rokok elektronik.

"Rampasan membabitkan 2,753 kotak berisi 53,421 pek pelbagai jenis cecair vape dan peranti rokok elektronik dengan cecair vape bernilai RM1.29 juta dan peranti serta aksesori rokok elektronik (RM253,048).

"Kesemua produk dijual di premis dan secara dalam talian, sedangkan di Johor tidak dibenarkan sebarang penjualan produk ini dan ia telah digazetkan sebagai satu kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar dan Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah.

Difahamkan, cecair vape yang dirampas itu mengandungi kandungan nikotin yang melebihi daripada had dibenarkan menerusi Akta Racun 1952 sekali gus membahayakan pengguna.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, ketiga-tiga suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihatkan mereka yang terbabit dengan aktiviti penjualan cecair vape dan peranti rokok elektronik supaya menghentikan segera penjualan produk berkenaan.

"Polis Johor tidak akan berkompromi serta akan terus menjejaki aktiviti ini.

"Masyarakat juga digesa menyalurkan maklumat kepada polis tentang apa jua aktiviti yang menyalahi undang-undang, peraturan keselamatan negara dan kententeraman awam terpelihara," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ektronik-rm155-juta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.750830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list