View: 302|Reply: 0
|
[Pahang]
Kedai makan guna pinggan retak, berdaki sudah diambil tindakan
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular di YouTube yang menunjukkan keadaan pinggan yang kotor dan berdaki digunakan sebuah kedai makan di Taman Gelora, Kuantan. FOTO YouTube
Kuantan: Kedai makan yang tular selepas didakwa mengabaikan kebersihan apabila menggunakan pinggan retak dan berdaki diberi notis penutupan satu hari untuk melaksanakan kerja pembersihan peralatan dan persekitaran dalam premis, Selasa lalu.
Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kama berkata, Bahagian Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penjaja dan Bahagian Penguatkuasaan MBK sudah melakukan pemeriksaan berikutan video tular berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan pada Selasa lalu membabitkan lima kedai di Taman Gelora yang menjadi lokasi tumpuan ramai.
"Hasil pemeriksaan hampir tiga jam berakhir 7 malam itu, sebanyak empat notis dan tiga kompaun dikeluarkan kepada peniaga.
"Semakan mendapati premis (yang ditularkan) terbabit telah membuat kerja pencucian pinggan terbabit selain melupuskan pinggan yang retak.
"Kedai yang ditularkan itu juga diberi notis penutupan satu hari untuk melaksanakan kerja pembersihan peralatan dan persekitaran dalam premis," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, selain tindakan kompaun, notis untuk membuang kelengkapan yang rosak, sukar dicuci serta tidak diperlukan selain membersih sawang dan persekitaran kedai turut dikeluarkan kepada peniaga di kawasan itu.
Terdahulu, keadaan di kedai makan itu ditularkan seorang tukang masak di media sosial sejak dua hari lalu dan video berdurasi 6.17 minit itu mendapat lebih 67,00 tontonan serta 449 tanda suka setakat ini.
Menerusi video berkenaan, lelaki terbabit berkunjung ke kedai makan berkenaan bersama ahli keluarganya untuk menjamu selera.
Bagaimanapun selepas makan, mereka terkejut apabila mendapati pinggan yang digunakan retak dan selepas diperiksa, bahagian bawah pinggan juga berdaki.
Mereka mengadu perkara itu kepada pekerja kedai berkenaan, namun hanya diberitahu tidak perasan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-diambil-tindakan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|