View: 388|Reply: 0
|
[Johor]
Kantoi hantar dadah
[Copy link]
|
|
DADAH jenis ganja seberat 2.15 kg yang dirampas. FOTO Ihsan PDRM
Johor Bahru: Baru sebulan bekerja sebagai penghantar dadah, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan di sini, 9.40 malam kelmarin.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek merampas dadah dipercayai ganja seberat 2.15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM5,000.
Katanya wang tunai berjumlah RM1,100 dan motosikal turut dirampas.
"Suspek sebelum ini pernah menghantar ganja seberat 1 kg dan mendapat upah RM200 untuk kerja itu. Kali kedua suspek diberi tugasan untuk menghantar 2.15 kg dadah tetapi berjaya ditahan.
"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati suspek negatif sebarang jenis dadah.
"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Raub, suspek direman tujuh hari sehingga 15 Januari depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kantoi-hantar-dadah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|