CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pukul sepupu hingga maut

[Copy link]
Post time 9-1-2023 02:04 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Pilah: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat sepupunya di sebuah kandang ternakan di Selaru, Dangi, di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang juga warga Myanmar berusia 26 tahun ditemui majikannya di ladang berkenaan kira-kira jam 3 pagi dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, pihaknya menemui kayu dipercayai digunakan dalam kes itu di lokasi kejadian.

"Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah terima panggilan daripada seorang lelaki iaitu penternak haiwan kira-kira jam 3 pagi semalam.

"Dia melaporkan seorang lelaki warga Myanmar iaitu pekerjanya didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri di kandang miliknya di Selaru," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan tempat kejadian mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat dipukul dengan menggunakan alat tumpul dan disahkan meninggal dunia.

"Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menjumpai kayu yang padan dengan luka kecederaan pada kepala mangsa," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat kes itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Pilah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki.

"Suspek yang juga warga Myanmar berusia 21 tahun ditahan ketika cubaan melarikan diri di tepi Jalan Selaru, tidak jauh dari tempat kejadian. Difahamkan suspek adalah sepupu kepada mangsa.

"Turut dirampas adalah beg galas yang berisi pakaian, telefon bimbit dan botol arak. Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dijalankan. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Justeru Amran berkata, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 06-4842999 atau mana-mana balai berdekatan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sepupu-hingga-maut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.503413 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list