View: 318|Reply: 0
|
[Pahang]
Duit simpanan RM54,150 lesap
[Copy link]
|
|
Kuantan: Penuntut wanita kerugian RM54,150 selepas terpedaya dengan individu menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Kementerian Komunikasi dan Digital.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa, 21, menerima panggilan daripada suspek, 30 Disember lalu.
Katanya, suspek yang menyamar sebagai pegawai polis kemudiannya menyambung panggilan kononnya kepada pegawai Kementerian Komunikasi dan Digital.
"Dalam perbualan itu, suspek menyatakan terdapat aduan bahawa mangsa membuat penyebaran iklan palsu mengenai aktiviti perjudian, penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.
"Mangsa berasa takut dan bertindak melakukan 12 kali transaksi ke tiga akaun berbeza sehingga mengalami kerugian RM 54,150.
"Siasatan mendapati wang itu adalah duit simpanan mangsa sejak kecil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... panan-rm54150-lesap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|