View: 449|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Penghantar makanan mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap remaja
[Copy link]
|
|
Seremban: Penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan akhir November lalu.
Tertuduh, Suhaiqal Mohd Tahir, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun.
Kesalahan dilakukan di dalam sebuah kereta Perodua Viva di Jalan Besar Felda Palong 2, Felda Palong 5, Jempol, pada jam 7.30 malam 29 November lalu.
Oleh demikian, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat.
Tertuduh juga didakwa atas satu lagi pertuduhan memiliki gambar lucah kanak-kanak perempuan sama di dalam telefon bimbitnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati di dalam sebuah telefon bimbit jenama Iphone 11 warna hitam miliknya yang dirampas mengandungi gambar lucah remaja yang sama.
Kesalahan dilakukan di Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jempol, Jempol pada jam 12.02 tengah malam 1 Januari lalu.
Oleh demikian tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 10 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa selain perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan.
Sebutan semula kes untuk serahan laporan perubatan dan forensik pada 16 Februari.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi, manakala tertuduh diwakili Peguam Alif Ahmad Tarmizi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-seksual-terhadap |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|