CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Johor] Bihun goreng, nasi goreng tercemar, pengusaha kantin sekolah didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 12-1-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Segamat: Pengusaha kantin sekolah didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyediakan makanan mengandungi mikroorganisma patogenik, tahun lalu.

Tertuduh, Rahimah Ngadiran, 50, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Salina Omar.

Berdasarkan dua pertuduhan itu, wanita berkenaan didakwa menyediakan makanan iaitu bihun goreng dan nasi goreng yang tidak mematuhi kehendak penjualan makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hampar, Segamat pada jam 1.30 tengah hari, 11 Ogos 2022.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut peraturan 39(2) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dihukum mengikut peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Segamat, Mohd Zainuri Abd Rahman memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun memohon hukuman denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan yang ramai dan ada anak masih bersekolah.

Difahamkan, hasil analisa Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru mendapati makanan yang diuji itu tercemar dengan mikroorganisma bacillus cereus.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... olah-didenda-rm1000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.384090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list