CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 1

[Johor] 'Yakin ayah masih hidup'

[Copy link]
Post time 15-1-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode

Musthafa Kamal, dilaporkan hilang di Makkah hampir sebulan lalu. FOTO IHSAN MUHAMMAD NABEL.

Batu Pahat: Walaupun lebih sebulan dilaporkan hilang ketika mengerjakan umrah, usaha untuk mencari dan mengesan seorang guru, Musthafa Kamal Abdullah, 49, tetap diteruskan oleh keluarganya.

Anak sulungnya, Muhammad Nabil, 26, berkata dia sendiri akan berangkat ke Makkah pada Jumaat ini dan akan berada di Tanah Suci selama kira-kira 14 hari.

Dia yang akan ditemani oleh adiknya, Muaz, 17, dan beberapa rakan ayahnya itu akan terus mencari kerana mereka sekeluarga termasuk ibunya, Zurina Muhammad@Shamsuddin, 49, yakin yang ayahnya masih lagi hidup.

"Saya sendiri akan mengedarkan poster yang memaparkan wajah babah apabila berada di Makkah nanti setelah selesai mengerjakan umrah dan berharap dengan usaha ini, ia akan membuahkan hasil dengan ayah berjaya dijumpai nanti.

"Saya turut berharap usaha dan harapan saya sekeluarga untuk menemukan babah akan terus mendapat kerjasama daripada kedua-dua kerajaan (Malaysia dan Arab Saudi)," katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan di kediaman guru berkenaan di Sri Gading, di sini, hari ini.

Jelas Muhammad Nabil lagi, dia bersama keluarga turut berikhtiar dengan merujuk beberapa pengamal perubatan Islam, serta tidak putus-putus mengadakan solat hajat.

Sementara itu, Muaz yang bersama Musthafa Kamal yang mengerjakan umrah ketika itu berkata ayahnya disedari hilang apabila tiada di bilik hotel setelah menyatakan dirinya tidak sihat dan tidak keluar untuk mengerjakan tawaf bersama.

Beliau berkata pada mulanya dia tidak bimbang kerana ayahnya fasih berbahasa Arab dan beranggapan melakukan tawaf sendirian, namun mulai risau apabila tersebar gambar ayahnya yang memakai ihram di dalam kenderaan dipercayai ambulans melalui aplikasi WhatsApp.

"Mutawif kemudiannya pergi ke hospital untuk mencari babah tetapi diberitahu yang babah sudah keluar dan dihantar pulang ke hotel, tetapi ketika semakan di hotel mendapati dia tiada di premis itu. Namun pada hari ketiga kehilangan babah, beg silang kepunyaannya dipulangkan ke hotel," katanya.

Jumaat lalu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilaporkan berkata Ketua Perwakilan Malaysia (Malawakil) di Arab Saudi memantau perkembangan Musthafa Kamal yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... in-ayah-masih-hidup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 06:30 PM | Show all posts
semoga dipermudah urusan keluarga ini nanti Aamiin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.742764 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list